Friday, July 30, 2010

Musang!!!

                Musang salah satu haiwan yang mempunyai deria yang kuat, dan dapat memberitahu tentang sesuatu yang akan berlaku.Kematian kawan orang rumah terjadi minggu lepas pada hari Rabu..kawan yang , bagi org rumah seorng kawan yang baik..blom berkhawin tp usia sudah lewat.meninggal kerana barah hati yang menyerang secara agresif..tanpa ada tanda2 awal.
                 Malam sebelum kematian telah berlaku tanda di tunjuk kn pada orang rumah, dimana malam itu sekitar jam 2 pagi lbh..terdengar tangisan musang di tepi tingkat..itu menandakan akan ade kematian pada seseorg yg kita baik atau keluarga terdekat.Pada keesokan hari sekitar jam 4 ke 5..arwah telah pergi untuk selamanya..di kebumikan di Tanah Perkuburan Taman Samudra , Batu Cave, Selangor.
              Bercerita pasal musang..kematian arwah zumatullah telah berlaku kejadian musang menangis pada sebelah petang hampir magrib depan rumah cikgu iaitu kawan Ayah Ya, keesokan hari nya terjadi kemalangan maut merangut nyawa di Ciku, Gua Musang.Kematian arwah ayah aku sendiri berlaku kejadian musang menagis atas bumbung rumah..keesokan hari nya arwah bapa aku telah pergi meninggalkan aku dlm usia kau 4th.

                 Disini kita boleh mengenali tanda2 akan berlaku kematian samada keluarga atau kawan yang rapat.

1.              Jika musang menangis atas bumbung rumah - tandanya ahli keluarga rumah itu akan        meninggal dunia..biasa ahli keluarga yg tertinggi..ayah ke ibu ke.

2.             Jika musang menangis kawasan sekitar rumah bukan atas bumbung rumah - tandanya ada salah seorang ahli keluarag hampir atau kawan yang rapat akan emninggal dunia.

                Kalau orang sebelah perak dia panggil ' musang menelek'

                Sesungguhnya seperti apa yang tuhan Firman kn dalam al-quran "bahwasanya setiap kejadian ada tanda-tandanya tetapi menusia kebanyakkan lalai"

No comments: