Thursday, August 27, 2009

Bulan puasa terkenang Arwah zul..

Sudah menghampiri 1 tahun arwah kembali ke Ramatullah.


            Di sini aku singkapkan peristiwa yang berlaku..jam lebih kurang 6 p.m. , simpang lampu isyarat berhampiran Restoren Ayam pusing Azura , Rawang, Selangor. Aku dapat 'tanda' yang kuat mengatakan ada sesuatu akan berlaku pada masa itu.balik rumah duduk atas sofa bagi tahu orang rumah, cakap kat dia "abang dapat tanda ada benda yang akan berlaku". Dalam fikiran ku mungkin pada diri ibuku..mek...
          Tertiba dapat pangilan bahawa mek ke klinik.. hantar Naim ( anak saudara)..angapan aku salah..mek masih sihat!!.Dalam hati tertanya2 apa geranganNya. 
          Dapat satu lagi pangilan dari Mira's (adik )...mengatakan turun darah..dalam fikiran ku..mungkin ini kot tanda nya..mira dalam bahaya..bila selesai org rumah ckp dgn mira's ..org rumah cakap.mira tiada apa2..cuma turun darah sedikit je..
Aku cakap org rumah..dua andaian bukan..makna nya orang lain.aku cakap kat org rumah..orang lain bukan mereka..org rumah dah macam terkejut..
         Besok pagi dapat pangilan telepone masa dalam kereta di Jalan Kuching atas jejantas bulatan kepong..mengatakan arwah sudah tiada...
         Aku tidak terkejut dengan berita ini sebab dari semalam lagi aku dah tunggu apa yang akan berlaku, cuma aku tidak sangka firasat yang datang adalah kematian...Aznan ( pok teh syamir ) bercakap dalam telepone dengan aku mungkin Nan;s perasan nada abg mie..abg mie tidak menangis..sebab?. Arwah Zul Orang yang baik..dari permehatian dari segi zahir dan batin.

Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke Atas Arwah Zul...

Tuesday, August 25, 2009



Nan's.. pok teh syammil's tue or Pok Nics ...agak2 betul ke abg mie set area nie...rumah ayah nie? cuba besar gambar tue...jelas skit.

Monday, August 24, 2009

Balik Raya....

photo credit to JKR.

Balik Raya nie..ingatkan nak cuba Jalan Simpang Pulai ke Pulai Gua Musang..
Sbb nak lari dari kesesakan lalulintas...tapi kena bayar tol RM 25 dari Tol Rawang ke Simpang Pulai..tapi Sampai cepat dari biasa..
Jarak Kilometre Plaza Tol Rawang ke Simpang Pulai 161KM, 1jam 44minit .
Plaza Tol Simpang Pulai ke Gua Musang 150KM 2jam 37 minit sahaja, Gua Musang ke Kota Bharu 188 KM 3jam 18 minit., kota Bharu ke Tanjung Chat dlm 4 KM..

Jumlah Keseluruhan = 503KM? jauh nya..ari balik kena rekod nak tahu Kilometre.

Pemanduan Terus Dari Bukit Rawang Putra, Rawang, Selangor ke Kg Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan
Jalan Yang Di cadangkan
Route 8 ( Jalan No 8 )
460 km
7 jam 37 minit

Lebuhraya Utara - Selatan

519 kM
7 jam 57 minit

Kalau tengok pada Pok nic's syammin boleh sampai cepat kat cameroon Highland..


Saturday, August 22, 2009

Kuih Siput

Ingatkan dah malas nak buat kuih siput, tp permintaan dari kawan2 org rumah, yang minta dibuat!~
fikir punya fikir dgn org rumah..buat je..lagi pun benda setahun sekali kan...
projek akan bermula 25/08/2009..kira cantik lah tue..kuih nie x leh buat awal2..nanti xsedap..
Kualiti kuih kena jaga...

Hantu, Saka, Bunian , Jin...

Masa tiba di Nursery, Penjaga nursery cakap baju syasya's tiada bawa...baju syamin's ade dua pasang..terpaksa syasya's pakai baju kakak dia..aku hairan mengapa baju syasya's tiada sedangkan aku semalam aku masuk kn dlm beg..pelik!
Malam seperti biasa aku masuk kan baju semua syamin's dan syasya's..orang rumah pun tgk..pagi besok beg ringan..check punya check baju syasya tiada lagi..pelik!..
Petang semalam balik, terus masuk bilik almari baju..tgk ade baju dia kat rak bawah..dan atas..
persoalan nya ..siapa yg ambil simpan baju ini..
atau aku yg kena sumpahan baju, seminggu sebelum itu ade buang baju kebanyakan bahu syasya's yg dh tak pakai hampir satu plastik hitam..

Wednesday, August 19, 2009

Kelantan

Di Kelantan..cuaca amat panas..sampaikan syammin's cakap kat nenek die" panas cam neraka".Nenek die memang terkejut!!!.Aku dalam duk memandu kereta dalam perjalanan ke Tanah Merah rumah Mira's..terkejut, dalam hati..syammin kau nie samakan cuaca Negeri Nenek Neraka!!..aduh!!!
Tambah - tambah lagi , kampung org rumah nie cuaca pantai, Jalan PCB..berangin, panas..musim nak bertukar ke hujan..tapi belum lagi..laa
Dalam duk ambil angin kat bawah rumah tue,tengok ke arah rumah
tok'mek ada perubahan,hairan nya mengapa depan tangga dan tempat watik's parking kereta rumah tok mek's ade baru dibuat longkang..utk persediaan banjir ke?
Bila tanya Amin's, dia kata Abah Sa's yang buat...kerena selalu banjir bawah rumah..aku mmg xsetuju longkang ini..sbb longkang tanah dalam 1kaki..sekejap je mesti terkambus dek tanah ler...longkang simen lain ler..

Kesian kat Yie's Tuty's Demam, kerja malam., dari aku mula balik ari sabtu pagi hingga..sampai lah ari ahad..masa nak bertolak ke KL

Cuma berita sensasi nya akan berlangsung perkhawinan watiks's pada bulan Nov ini..Perkhawinan yang mana amat jarang2 berlaku, iaitu perkhawinan sepupu.Ema's duk siap jahit baju yg akan dipakai..tema warna ,kalau tak silap hijau daum..Orang ruamah pun dah dapat baju...tunggu jahit je..Nak kena tanya watik's untuk orang laki tiada disediakan baju tak?

Tuesday, August 18, 2009

Kembali dari kampung

             Letih perjalanan dalam masa 2 hari pulang ke kelantan..bertolak dari KL..Jumaat, jam 6 petang terus ke Karak Highway, singgah di Raub makan, singgah di Gua Musang.Sampai ke Kelantan Jam 2 :30 pagi.
            Bertolak balik KL hari ahad jam 5:00 petang, jalan sibuk dengan lori..berbelas-belas lori telah aku potong, tapi masih banyak lagi lori atas jalan..sampai tak larat nak potong lagi, tahu2 lah jalan kat pahang terutama sempadan kelantan pahang tue..simpang siurNya..dah lah letih dengan perut kosong, bila sampai kat KL dah lega..sebab dah tunai kan niat wife untuk melihat mama.......selepas ini aku harap akan ceria kembali...tiada lagi benda2 yang xkeruan.

           Fikiran kalau asyik tumpu kepada sesuatu benda - kerja pun susah nak jalan!!!

Monday, August 10, 2009

Hari Jumaat Petang Balik kampung..

Hari Jumaat 14/08/2009 balik kg...kota bharu...kelantan
tgk mama sakit kebetulan pula anak laki kat sana pun deman..
bunyi khabar bersalin kulit tapak tangan..pelik plak..cam ular plak., syamil....syamil...!!!

Firasat No 1


Balik dari cameron highland fikiran melayang..kebiasaanya ade alamat yang akan datang...
petang ini fikiran bertambah serabut..aku cuba menangkap apa yang akan datang..terlintas dalam fikiran "
sakit seperti nak mati"..Didalam fikiran ku..aku cuba mencari , yang sakit ini datang dari keluarga sebelah mana, samada dari sebelah keluarga aku or keluarga wife..jawapan sepintas datang bahawa orang sebelah wife ku..aku nak bagi tahu perkara itu kepada wife aku tapi aku tak sampai hati..lagi pun wife deman duk baring atas katil.

Keesokan hari nya dapat berita dari wife kata nya mama( maksaudara nya sakit teruk masuk ke hospital di Kota bharu.tahap kronik..dimana badan sudah menjadi sembab kesan dari air kencing yang tidak dapat keluar..operatian pada perut..semalam dapat pula berita katanya ade pendarahan pada perut.

Rupa-rupa nya ini lah tanda yang datang pada aku..mak saudara org rumah nie baik pada ku...setiap kali aku nak berangkat ke KL..dia pasti dtg rumah untuk menghantar...aku amat - amat menghargai!!!!!!!!! semalam mertua cakap , kata mama baik mati dr menangung azab sakit nya..

Ya Allah..bagi lah kekuatan pada mama dlm dugaan ini..semoga cepat sembuh.




Mama dan Ayah Ya's...........