Sunday, April 18, 2010

Kamatian Mok Yoh's

           Dalam minggu-minggu hampir pada kenduri kawin Awatik aku ada cakap pada wife pasal sebelah keluarganya akan ada berlaku hal-hal besar. Dari firasat aku sebelah aku tiada.Tanda-tanda Allah Ta'la bagi pada aku tidak pernah salah..maka benarlah terjadi kematian arwah Mak saudaranya pada bulan Januari tahun 2010 dan sekarang berlaku kematian lagi belah wife april 2010. Dua kehilangan besar..mak2 saudara yang aku kira amat baik dengan aku.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah. Amin

Saturday, April 17, 2010

Rumah Arwah Mok Yoh's Selepas ketibaan saudara-mara dari Kelantan



Rakaman di rumah arwah Mok Yoh's malam 17 April 2010 Jam 12:00:32am ,selepas beberapa jam ketiba saudara-saudara dari kelantan.aku sandar di dinding rumah sambil2 tengok ramai saudara mara belah orang rumah..

Friday, April 16, 2010

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk arwah Mok Yoh's ..yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini Jumaat 16 April 2010. Pada Jam 10 pagi.















Saturday, April 10, 2010

Dua2 kerja

             Hari ini sabtu aku kena kerja duty, hantar wife pun sama kena kerja jugak, hantar wife ke Hospital Kuala Lumpur sebelum itu makan dulu di Kg. Baru, makan roti canai..Wife kerja under team Dr Jelina utk firstime.Lepas hantar aku pulang semula ke Rawang..balik rumah jap..pukul 9:30 aku keluar balik ke tempat kerja aku bersama-sama anak2 aku..tinggal jap di Pustaka kanak-kanak.
kul 2 wife sampai dgn bas..aku hantar ke Hentian bangunan Mara kat Jalan Raja Laut.