Monday, December 27, 2010

Lapor ke UiTM

          Semua siap sedia, anak sulung nampak nya dah sihat sedikit dari batuk. Bawa mertua dan family ke restoran Al-madinah , Rawang makan roti canai..lepas tue terus bertolak ke UiTM Shah Alam..melalui lebuhraya Gutrie..hantar Cik Yah Syammin ke kolej Melati agak nya..lupa plak.nama Kolej.
          Balik dari Shah Alam terus ke Sekolah Kebangsaan Sentul 1..beli buku tulis syammin dan syasya...Jaga sekolah cakap..datang lah 30/12/2010 suarkenal tahun 1..31/12/2010 untuk tahun 5..aku dalam kepala banyak plak kena cuti kalau cam nie...

Monday, October 04, 2010

Lapor Diri...

              Hari ini October, 4 2010 hadir ke Jabatan Sumber Manusia DBKL, Bangunan Bank Islam. Jalan Raja Laut. Selepas mengambil document2 yang perlu..aku ke Jabatan Pentadbiran DBKL lapor diri sebagai S17, setelah aku sekian lama dalam gred N..setelah semua selesai pada jam 12:00 p.m ..balik ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk hadiri jamuan Hari Raya Badan Kebajikan Dan Sosial Bhg.Perpustakaan...aku makan lemang dengan rendang ayam..dan nasi hempit dengan kuah Lodeh. Tapi tidak boleh lawan lemang Lan Sentul yg sememangNya sedap dan lemak..LEMANG KLAU NAK YG SEDAP TGK KEPALA DIA..KLAU BERSANTAN MMG SEDAP!!!

            Naik Tingkat 2..alamak dua2 orang Staff  Kaunter rujukan cuti..aku ganti jaga kaunter sampai jam 5:30 P.M...selepas itu Siti tolong sambung jaga kaunter sampai jam 6:45 pm.

Thursday, September 09, 2010

Pulang Raya 2010.......

             Bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang dalam jam 2:00 petang pada hari ketupat!(sehari sebelum raya)..sebelum itu ke Kuarters DBKL Pantai Dalam jumpa Mek's di sebabkan Mek's tidak pulang ke kampung berhari raya. Selepas Itu ke Hospital Kuala Lumpur ambil wife yang kerja separuh hari..terus menghala ke Jalan Pahang terus ke Jalan Karak ...sampai di Kuala Krai, Kelantan pada jam lebih kurang hampir jam 7:00 malam...berbuka puasa di kedai makan di kawasan Sungai Durian..kedai seorang Akak...sedap masakan!!
           Selesai makan, teruskan perjalanan ke Kota Bharu ..Dan tiba rumah mertua dalam jam 9:00 p.m. lebih. Alhamdullilah tiba dengan selamat.

Monday, August 02, 2010

Mencari Titik Persamaan!!!!

            Aku mengambil masa dalam beberapa hari ini, merenung kembali keluarga ini..dalam mencari sesuatu agar perhubungan sesama adik beradik keluarga ini kekal. Tapi titik persamaan telah aku jumpa..perbalahan Ayah long (arwah) dengan Abass dimana Tok Mek menyebelahi Abas. Dan kes terbaru ini melibatkan Tuty dengan Awatik dimana Che menyebelahi Awatik.

           Ada persamaan dalam kes ini...mmg sukar nak kembali bertaut..kalau dirujuk pada kes Ayah Long (arwah) dgn Abas..perbalahan sampai ke Liang Lahad..kalau boleh benda sebegini di elak kan..tp kuasa Tuhan tiada siapa boleh menghalang nya...

           Untuk Hari Raya tahun ini bukan lah semeriah seperti dulu2 aku jangkakan..mungkin dalam suasana suram...

Saturday, July 31, 2010

PERHINTUNGAN TERAKHIR!!!!

              Di dalam bulan ini banyak berlaku tentang ke tidak puas hati dalam adik beradik belah isteriku.Pada mula nya aku tidak ingin campur tangan dalam hal-hal sebegini bagi aku hal-hal sebegini adalah hal kecil sahaja. Menempati apa yang aku dah ramalkan pada tarikh sebelum perkhawinan Adik Iparku akan berlaku satu perbalahan dalam keluarga ini, baca posting aku sebelum ini!! di bawah tajuk "Antara Hukum dan Adat"di sebab kan alamat yang datang amat berat aku terima.aku sendiri binggung tiga hari masa tanda ini datang...maka hal ini yang terjadi amat berat.

              Disebabkan nama aku di tuduh sebagai penyebab dalam perbalahan ini, maka aku terpaksa melibatkan diri( dalam terpaksa ). Aku harus pertahankan maruah aku..ibarat Mengusik Singa Sedang Tidur..Alang-alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai ke Pangkal Lengan.

Punca utama pinjam kereta

               Aku difahamkan Adik Ipar ade ingin meminjam kereta Adik Ipar yang sorang lagi akan tetapi dia sendiri tidak cakap pada empunya tuan kereta awal-awal..hanya bagi tahu pada Mertua ( mengapa tidak bagi tahu pada tuan empunya seawal-awalnya?), aku difahamkan dia hanya cakap sudah hampir dengan tempoh masa nak pergi kursus..bagi tuan punya kereta masa suntuk dengan barang-barang baby dalam kereta....persoalan disini!!..dari apa yang aku tahu Adik Ipar tu tidak suka Adik Ipar tuan punya kereta ( dia memang bagi tahu sendiri pada aku ) aku pun difaham kan tuan empunya kereta  pun sedar orang tak suka dia...tetapi nak pinjam kereta jugak maka terpaksa lah minta bantuan Mertua. Permintaan ditolak!!

              Dari sini lah suaminya menulis satu luahan rasa ketidak puas hati dia pada tuan empunya kereta di dalam facebook.Dibangkitkan semua jasa-jasa dia menolong tuan empunya kereta.. hantar kerja dan bawa ke Klinik...persoalan disini pulak..adakah tuan empunya telephone minta suruh hantar ke Klinik? dari apa yang aku dapat tahu..empunya kereta minta adiknya sahaja hantar.

             Luahan rasa suami Adik Ipar didalam Facebook yang boleh dibaca oleh semua orang, disini persoalan, adakah kamu sedia menerima resiko apabila saudara-saudara dia membaca!!!! setiap adik beradik mempunyai ikatan tersendiri, dari situ lah dipanggil "Bersaudara".Luahan rasa disertai ungkit-mengungkit adalah tidak sesuai secara terbuka!!!..kalau kamu boleh mengungkit bagaimana pula tuan empunya pulak akan mengungkit? tidak kesudahan jugak.

             Setelah  balik dari kursus seminggu..tulisan dalam Facebook pun kiranya dah seminggu lamanya ditulis. Maka bermula al-kisah nya..dimana Adik Ipar telah mengadu pada Mertua..dan Mertua pula bagi tahu pada empunya kereta pasal ini..tentang ketidak puas hati suaminya kerana tidak memberi pinjam kereta. Adik Ipar Telepone pada kakaknya mengadu tentang kemarahan suami Adik dia  terhadapnya.Kakak dia sudah baca pasal luahan rasa ini dalam facebook..dah dua minggu lebih kurang, dia pun malas sebenarnya nak campur tangan..tetapi bagi dia adik beradik adalah "bersaudara"..kakak amat terasa dengan luahan rasa di facebook, bagi kakak dia, tidak sepatutnya adik dia dihina sebegitu rupa dan meliputi anak perempuan yang tidak mengerti apa2!!!...aku print baca sendiri..sebab bagi aku mengapa Pekung Didada Didedahkan pada umum? Bagi Adik Ipar mengatakan  aku bersalah sebab aku print dan bagi pada kakak dia..bagi dia HOSPITAL KUALA LUMPUR nie hamprak tidak ada internet....aku nak bagi tahu pada Adik Ipar ku HOSPITAL KUALA LUMPUR nie ada internet..bukan hamprak..bukankah kamu yang mengajar kakak kamu buka facebook? untuk melihat laman facebook anaknya? lupa kah? aku dah join facebook ni dah lama dari 2005 lagi.

             Adik Ipar hantar massage dalam facebook pada aku..dengan nada-nada marah pada aku...bagi dia aku lah penyembab hubungan dia dengan kakaknya bergaduh!!..Untuk Adik Ipar ku.. aku tahu kamu ingin melindungi suami kamu..setiap isteri menyongkong suami..aku faham..AWAS jangan jadikan aku "Kambing Hitam" untuk menutupi apa yang suami kamu telah memulai dulu..sebelum menuduh aku..sepatutnya dipertimbang semasak-masaknya. Tetapi tuduhan melulu dilempar pada aku..yang sebenarnya kamu lupa "ada duri dalam daging" yang membocorkan benda-benda ini..tetapi kamu tidak perasan..kalau tidak macam mana kami boleh tahu pasal hal-hal tertentu. contoh isu tanah nama, Ayah difitnah sebagai orang yang membuat jalan melalui Tanah Ayah Su ke belakang??? isu pinjaman duit Nenek Mertua?? ,...Adik Ipar ku..kamu tersilap orang menuduh aku..dengan ini kamu harus menerima kesan dan akibatnya.Aku telah menasihati kamu, tambah-tambah lagi kamu mengandung...tapi kamu masih tidak puas hati dengan aku.maka kamu telah mengheretkan aku sama dengan Mertua dalam kacah perbalahan ini semata-mata agar Mertua memburuk-burukan tuan empunya kereta dan menyatakan bahawasa nya kamu dan suami yang benar,      
                 Dan memperkatakan bahawasanya kamu orang paling banyak berjasa pada tuan empunya kereta...Pangilan dari Mertua aku terima semalam ...ayat yang Mertua gunakan sama dengan ayat yang kamu hentam aku dalam massage..maka bermula lah lembaran baru dalam perbalahan ini..dari apa yang dipersetujui antara aku dengan Mertua..pada hari raya ini perlu semua hadir..kita akan adakan Mahkamah Khas..Ayah akan dilantik sebagai HAKIM aku sebagai PENDAKWARAYA..kes di rujuk sebagai KAKAK LWN ADIK, SUAMI
saksi-saksi utama..Kakak Sulung.. aku, Adik Ipar,Mertua
                 Aku rasa banyak benda akan terbongkar pada HARI RAYA INI..bagi aku seorang kakak patut dihormati..aku menghormati kakak aku dan abang-abang aku ,sebab mereka lah yang mula-mula mencari rezeki membantu aku masa aku kecil dan menjaga aku sebelum aku dapat berjalan, Setiap hasil yang aku makan dari abang-abang aku , kakak aku..telah menjadi darah daging aku..untuk membalas nya sukar sekali. Mereka-mereka itu telah berumahtangga dan mempunyai pendapatan sendiri.
               Ambil kira contoh tuan empunya kereta mula kerja tahun 2000..setiap bulan bagi duit pada Ayahnya sebagai meringankan pembelanjaan Ayah..Ayah menbelanjakan duit untuk adik-adik makan secara tak langsung menjadi darah daging pada adik-adiknya ..bila adik-adik sudah bekerja dan dapat gaji..bagi pada Ayah..ayah belanja kan plak pada adik-adik yang dibawah pulak..itu lah hakikat nya, pusingan kehidupan..bagi kakak sulong mereka tak merasai nya sebab mereka dah ade pendapatan sendiri.

                  Aku luah kan apa yang ada di dadaku sebagai membalas apa yang mereka inginkan..sekian.

Friday, July 30, 2010

Musang!!!

                Musang salah satu haiwan yang mempunyai deria yang kuat, dan dapat memberitahu tentang sesuatu yang akan berlaku.Kematian kawan orang rumah terjadi minggu lepas pada hari Rabu..kawan yang , bagi org rumah seorng kawan yang baik..blom berkhawin tp usia sudah lewat.meninggal kerana barah hati yang menyerang secara agresif..tanpa ada tanda2 awal.
                 Malam sebelum kematian telah berlaku tanda di tunjuk kn pada orang rumah, dimana malam itu sekitar jam 2 pagi lbh..terdengar tangisan musang di tepi tingkat..itu menandakan akan ade kematian pada seseorg yg kita baik atau keluarga terdekat.Pada keesokan hari sekitar jam 4 ke 5..arwah telah pergi untuk selamanya..di kebumikan di Tanah Perkuburan Taman Samudra , Batu Cave, Selangor.
              Bercerita pasal musang..kematian arwah zumatullah telah berlaku kejadian musang menangis pada sebelah petang hampir magrib depan rumah cikgu iaitu kawan Ayah Ya, keesokan hari nya terjadi kemalangan maut merangut nyawa di Ciku, Gua Musang.Kematian arwah ayah aku sendiri berlaku kejadian musang menagis atas bumbung rumah..keesokan hari nya arwah bapa aku telah pergi meninggalkan aku dlm usia kau 4th.

                 Disini kita boleh mengenali tanda2 akan berlaku kematian samada keluarga atau kawan yang rapat.

1.              Jika musang menangis atas bumbung rumah - tandanya ahli keluarga rumah itu akan        meninggal dunia..biasa ahli keluarga yg tertinggi..ayah ke ibu ke.

2.             Jika musang menangis kawasan sekitar rumah bukan atas bumbung rumah - tandanya ada salah seorang ahli keluarag hampir atau kawan yang rapat akan emninggal dunia.

                Kalau orang sebelah perak dia panggil ' musang menelek'

                Sesungguhnya seperti apa yang tuhan Firman kn dalam al-quran "bahwasanya setiap kejadian ada tanda-tandanya tetapi menusia kebanyakkan lalai"

Thursday, July 29, 2010

Hari Lahir Syammin



Tanggal Hari ini Nur Syammin Afrina menyambut HARI LAHIR NYA..
selamat hari lahir anak sulung ku...semoga kamu mendapat keberkatan dalam kehidupan kamu...amin

Sunday, April 18, 2010

Kamatian Mok Yoh's

           Dalam minggu-minggu hampir pada kenduri kawin Awatik aku ada cakap pada wife pasal sebelah keluarganya akan ada berlaku hal-hal besar. Dari firasat aku sebelah aku tiada.Tanda-tanda Allah Ta'la bagi pada aku tidak pernah salah..maka benarlah terjadi kematian arwah Mak saudaranya pada bulan Januari tahun 2010 dan sekarang berlaku kematian lagi belah wife april 2010. Dua kehilangan besar..mak2 saudara yang aku kira amat baik dengan aku.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah. Amin

Saturday, April 17, 2010

Rumah Arwah Mok Yoh's Selepas ketibaan saudara-mara dari Kelantan



Rakaman di rumah arwah Mok Yoh's malam 17 April 2010 Jam 12:00:32am ,selepas beberapa jam ketiba saudara-saudara dari kelantan.aku sandar di dinding rumah sambil2 tengok ramai saudara mara belah orang rumah..

Friday, April 16, 2010

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk arwah Mok Yoh's ..yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini Jumaat 16 April 2010. Pada Jam 10 pagi.















Saturday, April 10, 2010

Dua2 kerja

             Hari ini sabtu aku kena kerja duty, hantar wife pun sama kena kerja jugak, hantar wife ke Hospital Kuala Lumpur sebelum itu makan dulu di Kg. Baru, makan roti canai..Wife kerja under team Dr Jelina utk firstime.Lepas hantar aku pulang semula ke Rawang..balik rumah jap..pukul 9:30 aku keluar balik ke tempat kerja aku bersama-sama anak2 aku..tinggal jap di Pustaka kanak-kanak.
kul 2 wife sampai dgn bas..aku hantar ke Hentian bangunan Mara kat Jalan Raja Laut.

Thursday, February 18, 2010

Cuti Tahun Baru Cina 2010

Cuti Tahun Baru Cina banyak masa duduk kat rumah je...rilek!!
masa untuk bermesra dengan anak-anak.
tengok anak-anak aku..yang tak pakai baju anak bongsu aku..itu pompuan!! nakal

Saturday, February 13, 2010

Penampilan khas untuk tatapan M.A Izzuri....

Ini dia kiki dan koko nama baru yg telah diregister di Rawang.
sebelom ini nama beboo cam nickname pelakon Hindustan plak, Kareena kapoor.



sila clik..

Thursday, February 11, 2010

Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia

Musim Kerja kursus sejarah untuk PMR 2010 bermula!!
Untuk yang tahun lepas tajuk soalannya adalah pasal bangunan bersejarah, kebanyakan pelajar di Kuala Lumpur membuat kajian tentang bangunan sultan abdul samad kalau ikut kan apa yg statistik yang saya terima.

Untuk tahun 2010 Soalan folio sejarah yang dikemukan oleh kementerian adalah Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia saya dari perpustakaan kuala lumpur telah menyediakan bahan-bahan untuk pelajar membuat kajian.

Antara yang kita ada sekarang ini adalah : -

1. Buku
2. Journal
3. Keratan Akhbar
4. poskard

Sesiapa yang berminat boleh laa datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur No1, Jalan Raja, KL
Bilik KLRC
Shamsuhaimie Bin Sulaiman

Tuesday, January 26, 2010

Pemberian Arnab dari kawan isteri

            Sekarang sibuk jaga arnab species sekor cam kucing sekor lagi cam tikus, masalah nya arnab dua-dua ekor nie jantan!!! Tuan empunya yang bagi kata masih anak...tapi aku lihat arnab ini dah akil baligh. Masing-masing bergilir panjat antara satu sama lain, ini bukan gurauan..sebab ada "goyangan" berlaku..
            Isteri tanya aku "tak dosa ke simpan Gay dalam rumah"? itu aku susah nak jawap.
Kesian jugak arnab ini, dia pun ada nahluri jugak.

p/s M.A Izuri , kalau boleh bagi bini kat dia, sekor pun ok.

Hujan Panas!

Disini ingin dinyatakan bahawa utk hujan panas ada tanda2 untuk mengenalinya.
  1. Hujan Panas selepas hujan lebat.
  2. Hujan Panas yang berlaku tertiba.
Hujan panas no1 dipilih.



Saringan lagi...apabila melihat hujan itu terasa ada sesuatu benda..perasaan sayu!

Friday, January 22, 2010

Hujan Panas

           Tanggal hari jumaat selepas di kejutkan dengan pemergian arwah pakcik Osman jaga tempat aku bekerja pada hari sebelumnya, petang ini dalam pukul 4 p.m berlaku hujan panas selepas berlaku hujan lebat. Bila aku melihat dari tingkat bilik aku, aku rasa ada perasan semacam pada hujan panas ini.
            Kebetulan pakcik omar ada depan meja aku, aku beritahu dia pasal hujan panas..bila dah dua kali bagi tahu baru dia jawap, katanya"hujan panas kalau ikut cakap orang2 tua ada kematian berdarah"
            Petang jumaat masa dalam kereta aku bagi tahu isteri aku pasal hujan panas tadi ada kemungkinan mati berdarah!!.
            Besok pagi dalam berita cakap ada kematian Sultan Johor....dalam asyik dok tengok TV tu..aku bagi tahu lagi kepada isteri pasal hujan panas ada kematian berdarah.
           Masa duduk kat dapur dapat satu pangilan dari adik ipar aku Astuti mengatakan Mama (maksaudara) sudah tiada jam 11 pagi..
          Maka terbukti lah firasat yang datang mengatakan ada kematian berdarah. Allahyarhamah sakit beberapa lama ...last ada buang jari kaki apa yang aku dapat tahu, yang terbaru buang plak jari kaki lagi...kesan dari ini, dimana darah dimasuki oleh kumam.
           Adakah kebetulan atau sememang nya firasat disampaikan kepada aku?
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

Tuesday, January 05, 2010

Antara Hukum dan Adat

             Balik kampung sebagai menantu lelaki sulung..walaupun kamu ada kuasa dalam rumahtangga kamu terutama keatas isteri kamu..Akan tetapi bila kamu pulang ke kampung mertua kamu, siapa berkuasa atas isteri kamu? aku senang je..balik kampung, kuasa aku, aku letak kat celah pintu je..

              Banyak peristiwa yang berlaku selepas sahaja pernikahan adik ipar..menepati apa yang sudah aku ramalkan..tentang perselisihan antara isteri ku dengan adik nya..itu yang nyata..dan yang bukan nyata ada jugak, yang ini masih samar2.

Dalam apa-apa jua pun, aku suka pada Silahtulrahiim. 

Monday, January 04, 2010

Persekolahan

Hari ini sesi persekolahan bermula..mula2 hantar anak pompuan...kakak..pastu hantar my wife..pastue hantar anak yg bongsu Tadika Jasamani, Sentul. Masuk kerja lewat...ramai org lain cuti.
Sesi persekolahan untuk tahun ini memang banyak guna duit.
Tiga2 anak semua bersekolah...satu anak kat kampung sekolah.