Sunday, December 04, 2011

Amanah

             Sekarang musim percutian sekolah, ramai orang mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti, tidak terlepas jugak jiran aku yang mengambil kesempatan bercuti ke Langkawi. Sepanjang percutian ke Langkawi, aku diamanahkan menjaga keretanya. Takdir tuhan tiada siapa yang boleh menduga, diatas ujian ini dimana kereta jiran aku telah hilang pada malam hari rabu tanggal 30/11/2011.
              Dari apa yang aku dapati masih kumpulan yang sama mencuri kereta sebelum ini..mengikut jiran aku yang telah melihat sebuah kereta Proton Waja berwarna gelap dan sebuah lagi kereta yang dia kurang pasti jenisnya kelihatan pada jam 1:00 pagi malam hari rabu berlengar-legar di sekitar perumahan aku..dia juga melihat dua orang laki yang diletakan pada tangga rumah aku..dimana kereta jiran aku yang dilaporkan hilang..juga ade diletakan orangnya di tangga yang satu lagi. Jiran aku itu balik lewat disebabkan kerja-kerja lebih masa perlu dijalankan kerana hujung tahun. Dia pun amat takut masa nak naik tangga rumah disebabkan dia seorang perempuan.
              Dari kisah ini aku kira kumpulan yang sama menguasai kecurian kereta di sekitar perumahan aku Taman Bukit Rawang Putra, Rawang Selangor. Sebelum ini ada jiran bagi tahu....iaitu Tam's katanya sebuah kereta wira yang hilang petang dalam jam 4:00 ke 5:00 petang diiringi juga oleh kereta waja berwarna hitam dihadapan..dan sebuah lagi di belakang , mereka ini siap singgah minum air di Bandar Rawang.
              Berbalik pada kereta jiran yang hilang itu..mengikut rekod security yang jaga malam..tiada no plat kereta dicatatkan....ini bermakna jaga yang bertugas jaga pintu gate utama itu..tidurrrrrrrrrrrr