Sunday, April 14, 2013

Bersunat Wanita


          Sekarang ramai budak-budak sekolah dari tingkatan 3 yang membuat kerja khusus folio, untuk pertama kali nya pada tahun ini aku menerima pelajar dari tingkatan 6 yang membuat kerja khusus sebegini.Pelajar dari Sekolah Convent Bukit Nenas dalam 3 orang pelajar perempuan yang datang jumpa aku di bilik  Reseach KL. Dalam 3 orang itu salah seorang yang menanyakan aku bahan-bahan tentang bersunat perempuan!       

Untuk itu aku menulis.......

           Bersunat wanita jarang diperkatakan disebabkan kebanyakan perempuan telah bersunat semasa dari bayi lagi.Bersunat juga dipanggil berkhatan dan sesetengah tempat di panggil khitan, masuk jawi biasa digunakan untuk anak-anak lelaki.
          Bersunat perempuan ini biasanya dilakukan dari masa anak itu masih lagi bayi, ada juga dilakukan semasa anak-anak perempuan sedang membesar, biasa masyarakat melayu kita melakukan masa anak-anak masih bayi lagi, tetapi bagi masyarakat Jawa dilakukan masa anak-anak  telah agak besar dalam lingkungan umur 5 ke 7 tahun.
          Ramai yang kurang arif pasal bersunat perempuan disebabkan bersunat perempuan ini banyak juga kontroversinya.Lain tempat lain caranya, kalau di Benua Afrika, masyarakat Islam disana lebih sedikit potongan pada kelentik, ada tempat-tempat tertentu yang membuang keseluruhan kelentik, iaitu membuang keseluruhan biji kelentik (clitoris) itu.Didalam Islam disarankan sedikit sahaja bahagian kulit tutup (clitoral hood) dipotong.
          Bagi masyarakat melayu kita sedikit sahaja dilukakan bahagian penutup kelentik itu, ini untuk menjaga kemuliaan wanita itu.

Lihat proses menyunat dilakukan...



Dan ini.........

Last video bersunat perempuan.....

          Pada padangan aku bersunat ini elok , kita sebagai orang Islam hendaklah mengikuti apa yang sudah Nabi kita sarankan. Bersunat juga memberi kelebihan dalam aspek kebersihan pada wanita itu. Di fahamkan apabila bersunat air akan senang lalui pada tempat itu, ini memudahkan dalam hal-hal kebersihan pada tempat tersebut.
          Sekian.