Sunday, December 04, 2011

Amanah

             Sekarang musim percutian sekolah, ramai orang mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti, tidak terlepas jugak jiran aku yang mengambil kesempatan bercuti ke Langkawi. Sepanjang percutian ke Langkawi, aku diamanahkan menjaga keretanya. Takdir tuhan tiada siapa yang boleh menduga, diatas ujian ini dimana kereta jiran aku telah hilang pada malam hari rabu tanggal 30/11/2011.
              Dari apa yang aku dapati masih kumpulan yang sama mencuri kereta sebelum ini..mengikut jiran aku yang telah melihat sebuah kereta Proton Waja berwarna gelap dan sebuah lagi kereta yang dia kurang pasti jenisnya kelihatan pada jam 1:00 pagi malam hari rabu berlengar-legar di sekitar perumahan aku..dia juga melihat dua orang laki yang diletakan pada tangga rumah aku..dimana kereta jiran aku yang dilaporkan hilang..juga ade diletakan orangnya di tangga yang satu lagi. Jiran aku itu balik lewat disebabkan kerja-kerja lebih masa perlu dijalankan kerana hujung tahun. Dia pun amat takut masa nak naik tangga rumah disebabkan dia seorang perempuan.
              Dari kisah ini aku kira kumpulan yang sama menguasai kecurian kereta di sekitar perumahan aku Taman Bukit Rawang Putra, Rawang Selangor. Sebelum ini ada jiran bagi tahu....iaitu Tam's katanya sebuah kereta wira yang hilang petang dalam jam 4:00 ke 5:00 petang diiringi juga oleh kereta waja berwarna hitam dihadapan..dan sebuah lagi di belakang , mereka ini siap singgah minum air di Bandar Rawang.
              Berbalik pada kereta jiran yang hilang itu..mengikut rekod security yang jaga malam..tiada no plat kereta dicatatkan....ini bermakna jaga yang bertugas jaga pintu gate utama itu..tidurrrrrrrrrrrr

Sunday, September 11, 2011

Kemalangan Maut KM 13, Jalan Lipis Ke Benta pada 4/9/2011 - Ops Sikap 24 - 2011

               Perjalanan bermula dari Kota Bharu, Kelantan pada jam 10 pagi..melalui Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai..jalan jem apabila mula memasuki kawasan dekat Machang. Aku mengisi minyak di Station Petronas selepas simpang tiga, dan my wife beli air dikedai berhampiran station itu untuk hilangkan dahaga..cuaca pada masa itu boleh dikatakan baik dan panas.

               Pada mulanya ingin berehat di R&R Gua Musang ,tapi bila tengok banyak kereta..aku terus meluncur ke Gua Musang bandar lama untuk makan mee sup dan berehat seketika. Berehat sambil tengok2 anak arnab yang berusia dua bulan jenis Angoria, pemberian kawan suami wife, Abang Yie sebagai tanda kenangan lama tidak berjumpa.

               Setelah berehat , aku mula bertolak semula aku masukkan gear 'D' kereta aku, kereta aku jenis auto dengan kalimat ALLAHHUAKHBAR amalan ini aku amalkan untuk perjalanan jauh aku selain dari BISMILLAH bawa wife, syamin's dan syasya's ke station minyak Caltex untuk mereka ke tandas sekejap, selepas itu terus bertolak ke kuala Lumpur..setibanya selengkoh yang sederhana tidak merbahaya terlihat kereta dari arah bertentangan meluru dengan laju dipercayai terbabas lorong memasuki lorong aku, dalam masa yang sama dihadapan aku ada sebuah motosikal yang menbonceng. My wife pekik dalam saat itu aku mengelak ke bahu jalan kiri aku, dalam saat itu juga motosikal yang didepan aku dilanggar oleh kereta itu dan seterusnya kereta itu melanggar kereta Hilux dibelakang aku..menyebabkan kereta Hilux berpusing ke bahu kanan jalan...kereta gen2 di belakang Hilux melanggar kereta Hilux.

              Kesan dari pelanggaran ini menyembabkan dua penunggang motosikal tercampak ke bahu kiri jalan dibelakang kereta aku..aku yang sempat mengelak pertembungan ini terlanggar jugak motosikal yang terpelanting itu..aku dapat mengawal kereta aku seketika sehinggalah kereta aku masuk longkang V" disebabkan tayar sebelah my wife sudah lari kedudukan sukar bagi aku kawal kereta dari masuk longkang.

             Akibat dari kemalangan ini dua penumpang kereta proton iswara yang terbabas itu maut ditempat kejadian akibat tersempit dan seorang parah. Manakala dua penunggang motosikal cedera parah patah peha dan seorang tenat disebabkan topi keledar yang dipakai terpelanting jauh kedepan kereta aku, mereka dirujuk Hospital Termeloh tapi dipindah ke Hospital Kuala Lumpur. Manakala pemandu kereta hilux cedera didahi, sementara itu pemandu kereta Gen2 cedera di mulut, masing2 menerima jahitan di Hospital Kuala Lipis.

              Kereta aku terpaksa ditarik ke Balai Polis Penjom..aku terpaksa bermalan di Lipis Plaza Hotel , Komplek Taipan disebabkan besok perlu mengambil ujian urine test di IPD Kuala Lipis dan ujian darah di Hospital Kuala Lipis.

              Pengajaran dari kemalangan ini, aku perlu berhati-hati ,beri tumpuan masa memadu sebarang kemungkinan baik dari arah belakang atau didepan. kejadian berlaku secara tiba-tiba tidak dijangkakan.

              Aku bersyukur pada Allah Taala kerana aku dan keluargaku diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Berkat kalimah ALLAHHUAKHBAR..bahwasanya Allah mahal besar dari segala.

Tuesday, July 05, 2011

SIHIR

              Dalam perjalanan balik rumah semalam, di dalam kereta hati rasa tidak sedap!. Dalam hati tertanya2 apa gerangannya. Bila orang rumah telephone maknya. Maknya bagi tahu bahawasanya Cik Chek sakit teruk dari kebiasaan. Disini aku mula memikirkan apakah motif sebenarnya mereka ini. Dalam niat jahat mereka mempergunakan kuasa2 sihir yang jelas memzalimi sesama insan. Sudah agak lama aku mengkaji pasal ini. Aku pun tahu sesetengah pengamal ilmu hitam suka melihat orang menderita kesakitan, agar mereka boleh mengubati pesakit itu, secara tidak langsung mereka mendapat upah.
           Contoh mereka datang urusan lain pada rumah tersebut tetapi mereka meninggal kan sementara belaan mereka seperti Pelesit.meracau empunya rumah..kalau tuan empunya rumah tidak ada kekuatan dalam., mereka mudah dikacau oleh belaan ini. Disini ada dua tujuan samada mereka medapat upah dari seseorang atau mereka mencari rezeki dengan cara begitu.

             Dulu-dulu pengamal ilmu hitam mereka suka tinggal jauh dari rumah orang ramai..mereka suka tinggal hujung kampung. Mereka ini pada dasar nya nampak baik sebab mereka tinggal jauh sikit dari masyarakat kampung jadi hal-hal gosip mereka tidak terlibat secara langsung, tapi orang2 yang dengki akan mencari mereka.

             Apabila rahsia mereka terbongkar yang mereka terlibat dalam permainan hantu, apabila hantu2 mereka diusir keluar dari rumah seseorang mangsa..mereka akan mengunakan cara lain..mereka akan menggunakan kuasa jin..samada jin yang mereka belaan sendiri atau jin yang mereka dapat dari bomoh-bomoh..contoh minyak mati bunuh (minyak dagu pompuan mati bersalin), minyak dari tapaan selubi Tok Pek Khong ( sejenis minyak yang diletak dibawah punggung patung Budhha yang sedang duduk).

Sesungguhnya kuasa ALLAH lagi hebat.

Sunday, May 22, 2011

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Soalan PMR sejarah 2011 sangat mencabar pelajar..ada 3 kategori dikemukan..salah satu tajuk berkenaan Local Government..iaitu berkenaan kerajaan tempatan. Kebanyakkan pelajar di kawasan Kuala Lumpur memilih untuk menbuat tajuk berkenaan DBKL. Bermula pada cuti sekolah bulan 3, ramai pelajar berduyun-duyun hadir ke ibu pejabat DBKL Jalan Raja Laut untuk mencari bahan-bahan berkenaan DBKL untuk dimuatkan dalam Folio Sejarah yang akan dikemukakan pada bulan Julai. Maka Bermula lah kesibukan aku sebagai kerani bilik Rujukan Koleksi Khas Kuala Lumpur.

Untuk Makluman Pelajar Semua : -

Di unit koleksi khas Kuala Lumpur kita menyedia beberapa sumber untuk Element 1 ( tugasan 1A)

  1. Sumber buku
  2. Sumber Jurnal
  3. Sumber keratan akhbar
  4. sumber majalah
  5. Orang Sumber ( interview)
  6. Internet
  7. Lawatan Tempat Kajian ( Menara 1 DBKL Jalan Raja Laut)
  8. Sumber VCD
  9. Lain-lain Sumber

Untuk Element 2 (tugasa 1B)

Bahan-bahan kita sediakan meliputi senarai pentadbir, peta, lokasi dan sebagai nya