Wednesday, December 31, 2008

Kempen keahlian Percuma Perpustakaan Kuala Lumpur




Ini hari kena bertugas kempen percuma keahlian...firtime handle di station LRT Pasar Seni, KL..


Monday, December 22, 2008

Hari Keluarga Perpustakaan Kuala Lumpur

Hari Keluaga di cherating...not edited


My wife membeli-belah di Kemaman, Trengganu.


Masa nak ambil gambar anak-anak mandi-manda ada ganguan skit...



Restoran kat Cherating, Pahang..lepas letak barang-barang semua, terus keluar cari nasi..laparr ar..





Kolam Renang, Cherating Bay Resort...teman anak-anak mandi..




Sudah lama tak ambil gambar dengan wife...ini gambar latest..maklunlah anak dah besar..masa bercinta kerap lah ambil gambar berdua..faham2 lah kn..





Rehat sekajap di Hentian Maran, Pahang...






Hari keluarga BKSBP untuk tahun 2008 di adakan di Cherating Bay Resort.







Seperti biasa aku bertugas sebagai jurukamera dan jurugambar..dua2 kena handle.







Tuesday, December 16, 2008

Bawa anak ke Hospital Kuala Lumpur

hari ini my wife xkerja..terpaksa cuti sbb ada temujanji dgn pakar mata..
alah klinik tmp my wife kerja jugak...
anak sulong nie masalah juling itik..
dah beli specmata pun x nk pakai , jarang2 je pakai..
bila nak elok!..
kalau besar terpaksa buat pembedahan kecil urat mata..
kalau time kecil2 rajin pakai specmata kan elok...boleh baiki kejulingan tue...sebelah mata je..

Thursday, December 11, 2008

Raja Alang

Hari ini datang seorang abang cari bahan tentang Raja Alang..bila aku selidiki rupa-rupa nya dia keturunan ke -3 Raja Alang. Anak daripada anak sulong Raja Muhammad Bin Raja Alang. Ada Satu jalan yang diabadikan nama beliau pada satu jalan di Kg. Baru.aku meminta agar apa yang dia lakukan dalam pencarian bahan-bahan tentang Raja Alang dapat didokumentasi oleh nya.
Dan aku minta agar dokumentasi itu diberi salinan pada aku untuk aku simpan dalam Koleksi Khas Kuala Lumpur, sebagai rujukan untuk pengguna-pengguna , pelajar-pelajar sekolah, dan sesiapa saja yang datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur.

Wednesday, December 10, 2008


Ini Bangunan Tempat aku bekerja
Gambar lama .."Suhaimie saya nak gambar baru" kata puan aida..

Friday, December 05, 2008

Hari INI Kerja

hari ini kerja sampai jam 7: oo petang!!
Kaunter tengah tingkat 2 yang ada Fauziah..wati MC , Firdaus nak balik kampung..imah cuti 1 minggu...terpaksa lah aku ganti petang sebab Fauziah dah duty tgh hari..jadi ptg dah tak boleh ot lagi...tapi tak pe lah jarang2 je dia all banyak menbantu aku..lagi pun besok Holiday!!!!

Thursday, September 11, 2008

Bulan Puasa




Menyambut puasa dalam keadaan anak demam, setelah balik dari kampung.
Buat pemeriksaan darah di HKL..sampel menunjukan plths 205..doc kata kalau bawah 200 memang comfirm danggi.besok datang lagi check darah..nasib baik plaths naik 15 dari semalam...doc kata balik lah tak yah datang lagi..demam biasa.

Dalam bulan puasa ini banyak menolong isteri buat kuih siput. Isteri ada cadangan nak buat karipap kecil, sambal ikan( seruding) sudah beli di kelantan. Mahal jugak sambal.tapi belum mula lagi..nampak nya tumpu pada kuih siput lah.

Wednesday, July 16, 2008

Dapat Kawan Yang Baru

Minggu lepas aku dapat kawan yang sebaya dengan aku..lebih kurang lah kan..kerja kat area Shah Alam..sudah berkawin..asal orang Serawak..kawin dengan orang semenanjung.
Sepanjang dalam aku berkawan dalam internet ini, ini lah firstime aku dapat kawan dari kaum hawa yang profesional.
Maksub aku seorang yang openminded, fikiran terbuka ,ikhlas, banyak yang aku pelajari dari nya..sebelum ini aku rasa aku dah hebat, tapi aku akur bahawasa nya dia lagi hebat.
Banyak aku pelajari dari nya, rahsia-rahsia yang mana sebelum ini aku pernah dengar tapi kurang arif.Aku menghormatinya.
Dan aku percaya, kalau rahsia-rahsia pasal kaum hawa, elok aku dapatkan jawapan dari kaum hawa jugak..

Dapat Orang Gaji Sewel

Kerana nak dapatkan orang gaji murah punya pasal aku dah terkena..banyak urusan untuk dapatkan orang gaji yang mana kita uruskan sendiri.Sebelum ini aku dapatkan orang gaji dari Agensi Perkerjaan Sri Sadarwangi..masa itu dalam awal tahun 2005. Orang gaji yang aku dapat baik dan amat patuh pada suruhan agama...rajin sembahyang dan puasa...malam-malam baca al-quran.
Bila dah cukup tempoh 2 tahun..maka balik lah dia...yang menimbul kan masalah nya dia tidak ingin datang lagi sebab nya suami dia sakit.Aku dapat kan orang gaji yang lain..dengan cara tukar majikan..tapi aku ditipu oleh dia IIN Kasinah!. Pandai ko tipu aku ya...banyak duit aku abiskan untuk ko..ko tipu aku ya..rupa2 nya ko kawin dengan Pakistan..konon nya Sekolah Agama pasentren di Indonesia. Haprak ko!!!!

Aku dapat rekeman dari kawan baik aku..di Klang..aku hanya perlu bayar RM 3500.00 saja...tapi urusan sendiri.Masyaalah letih nya naik turun Jabatan Emigresen.
Aku ambil dia di Klang..bawa balik rumah...tapi sayang nya..rupa2 nya dia jenis Sewell!!!.Aku terkena kali kedua..sekarang aku dah insaf.

Saturday, March 08, 2008

Tesco , Kota Bharu Kelantan


Tiga orang anak..selang kumbang!!
Telsco Kelantan
Mengapa anak-anak aku ini tidak sama wajah, sedangkan benih sama, rahim sama,
sebenar nya salah sorang kuar ikut tingkat..satu lagi keluar tak cukup tempoh masa..7bulan dh nk keluar..pastue kuar pijak kaki dulu..

Wednesday, February 06, 2008

Pergi ke Pameran Badan Warisan

Sebelum pergi ke badan warisan..singah dulu di Tasik Titiwangsa jumpa pertugas di Stadium sana ada hantar sampul surat.
Pergi ke Badan Warisan Malaysia ada pameran Postcard lama kat sana...dalam pejalan tengok kemalangan lori kecil jalan Tun Razak .

Banyak jugak dapat infomation dari badan warisan terutamanya tentang buku-buku baru yang diterbitkan..

Malia banyak catitkan senarai buku-buku yang belum dibeli oleh perpustakaan kuala lumpur. Tidak lupa juga kakitangan di badan warisan boleh dipuju amat mesra sekali..

Balik dari Badan warisan singah sekejap di medan Selera dekat hospital.




Thursday, January 24, 2008

Makan Pagi



Makan pagi di Restoran Rahim...my wife and daughter

Hantar Anak Sekolah








hantar anak ke sekolah Rawang Jaya...darjah 2garnet