Friday, January 22, 2010

Hujan Panas

           Tanggal hari jumaat selepas di kejutkan dengan pemergian arwah pakcik Osman jaga tempat aku bekerja pada hari sebelumnya, petang ini dalam pukul 4 p.m berlaku hujan panas selepas berlaku hujan lebat. Bila aku melihat dari tingkat bilik aku, aku rasa ada perasan semacam pada hujan panas ini.
            Kebetulan pakcik omar ada depan meja aku, aku beritahu dia pasal hujan panas..bila dah dua kali bagi tahu baru dia jawap, katanya"hujan panas kalau ikut cakap orang2 tua ada kematian berdarah"
            Petang jumaat masa dalam kereta aku bagi tahu isteri aku pasal hujan panas tadi ada kemungkinan mati berdarah!!.
            Besok pagi dalam berita cakap ada kematian Sultan Johor....dalam asyik dok tengok TV tu..aku bagi tahu lagi kepada isteri pasal hujan panas ada kematian berdarah.
           Masa duduk kat dapur dapat satu pangilan dari adik ipar aku Astuti mengatakan Mama (maksaudara) sudah tiada jam 11 pagi..
          Maka terbukti lah firasat yang datang mengatakan ada kematian berdarah. Allahyarhamah sakit beberapa lama ...last ada buang jari kaki apa yang aku dapat tahu, yang terbaru buang plak jari kaki lagi...kesan dari ini, dimana darah dimasuki oleh kumam.
           Adakah kebetulan atau sememang nya firasat disampaikan kepada aku?
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

No comments: