Sunday, November 01, 2009

Penantian 39 tahun!!

               Penantian pasukan kelantan untuk layak ke final Piala Malaysia selama 39 tahun menjadi kenyataan setelah menumpaskan pasukan perlis 3 1 di Stadium Utama Kangar, Perlis.Hasil jaringan farhan pemain berasal dari Marang , Trengganu. Aku amat minat gaya permainan dia..dengan susuk badan yang kemas, tegap...dan Formasi 4 3 3..amat sesuai menjaring gol bergaya melalui serangan balas..

              Bila lihat penjaga gol kelantan Halim Napi..terus terbayang masa2 aku bersekolah rendah di Sekolah Tengku Indra Putra, dia muda setahun dari aku..kerap bermain bola bersama, patang masa terluang main bola walaupun masa belajar,dia darjah 5 aku darjah 6.

              Dia suka main posisi tengah..tapi last-last menjadi penjaga gol..kerana di kampung dia itu penjaga gol utama kelantan dulu ada sekampung..iaitu Hamid Ramli dan adik nya Halim Ramli.Mereka ini gemar melatih budak-budak menjadi penjaga gol..biasanya sebelum mereka mula untuk latihan..kebiasaan di Padang Sekolah Mahaad Muhammadi Kota bahru.. sekarang dah jadi sekolah Mahaad Muhammadi wanita. Dulu-dulu banyak padang untuk bermain bola di Kota Bharu..sekarang dah tiada..mungkin ini faktor menurun nya prestasi permainan bola di Malaysia..

             Lagi satu sekarang ini orang suka liga EPL..kesan dari kita yang pernah di jajah mereka..maka TV dari aku kecil lagi tahun 70' pun suka tayang EPL kalau tidak silap sebelah petang. kita diasuh dengan cara sistem permainan bola English..siapa tidak kenal Liverpool...Menchester dengan Goerge Best nya pemain dari Ireland. Gaya permainan cam hatrick, bola dipegang sekejap lebih kearah passing cepat. sedang kan gaya Latin cam Brazil lebih kepada Skill kemahiran individu. Itu pasal Pele disanjung, disebabkan skill individu. EPL bertambah ramai peminat dengan kehadiran bintang2 dari Africa. Sekarang ini wanita pun minat bola, tapi bukan bolasepak Malaysia tapi EPL tau..liga tempatan tak main lerr......peminta MU banyak, masa tue David beckham.aku pun tak tahu pompuan tengok bola cam ner? sedangkan mereka tidak pernah sepak bola!!, ada kawan cakap pompuan tengok bola , apa yg dia tahu nak tengok bola masuk lubang goal je!!! sedangkan offside ke apa ke mereka tidak tau. konon nya mengikut perkembangan bola dunia.

No comments: