Saturday, July 31, 2010

PERHINTUNGAN TERAKHIR!!!!

              Di dalam bulan ini banyak berlaku tentang ke tidak puas hati dalam adik beradik belah isteriku.Pada mula nya aku tidak ingin campur tangan dalam hal-hal sebegini bagi aku hal-hal sebegini adalah hal kecil sahaja. Menempati apa yang aku dah ramalkan pada tarikh sebelum perkhawinan Adik Iparku akan berlaku satu perbalahan dalam keluarga ini, baca posting aku sebelum ini!! di bawah tajuk "Antara Hukum dan Adat"di sebab kan alamat yang datang amat berat aku terima.aku sendiri binggung tiga hari masa tanda ini datang...maka hal ini yang terjadi amat berat.

              Disebabkan nama aku di tuduh sebagai penyebab dalam perbalahan ini, maka aku terpaksa melibatkan diri( dalam terpaksa ). Aku harus pertahankan maruah aku..ibarat Mengusik Singa Sedang Tidur..Alang-alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai ke Pangkal Lengan.

Punca utama pinjam kereta

               Aku difahamkan Adik Ipar ade ingin meminjam kereta Adik Ipar yang sorang lagi akan tetapi dia sendiri tidak cakap pada empunya tuan kereta awal-awal..hanya bagi tahu pada Mertua ( mengapa tidak bagi tahu pada tuan empunya seawal-awalnya?), aku difahamkan dia hanya cakap sudah hampir dengan tempoh masa nak pergi kursus..bagi tuan punya kereta masa suntuk dengan barang-barang baby dalam kereta....persoalan disini!!..dari apa yang aku tahu Adik Ipar tu tidak suka Adik Ipar tuan punya kereta ( dia memang bagi tahu sendiri pada aku ) aku pun difaham kan tuan empunya kereta  pun sedar orang tak suka dia...tetapi nak pinjam kereta jugak maka terpaksa lah minta bantuan Mertua. Permintaan ditolak!!

              Dari sini lah suaminya menulis satu luahan rasa ketidak puas hati dia pada tuan empunya kereta di dalam facebook.Dibangkitkan semua jasa-jasa dia menolong tuan empunya kereta.. hantar kerja dan bawa ke Klinik...persoalan disini pulak..adakah tuan empunya telephone minta suruh hantar ke Klinik? dari apa yang aku dapat tahu..empunya kereta minta adiknya sahaja hantar.

             Luahan rasa suami Adik Ipar didalam Facebook yang boleh dibaca oleh semua orang, disini persoalan, adakah kamu sedia menerima resiko apabila saudara-saudara dia membaca!!!! setiap adik beradik mempunyai ikatan tersendiri, dari situ lah dipanggil "Bersaudara".Luahan rasa disertai ungkit-mengungkit adalah tidak sesuai secara terbuka!!!..kalau kamu boleh mengungkit bagaimana pula tuan empunya pulak akan mengungkit? tidak kesudahan jugak.

             Setelah  balik dari kursus seminggu..tulisan dalam Facebook pun kiranya dah seminggu lamanya ditulis. Maka bermula al-kisah nya..dimana Adik Ipar telah mengadu pada Mertua..dan Mertua pula bagi tahu pada empunya kereta pasal ini..tentang ketidak puas hati suaminya kerana tidak memberi pinjam kereta. Adik Ipar Telepone pada kakaknya mengadu tentang kemarahan suami Adik dia  terhadapnya.Kakak dia sudah baca pasal luahan rasa ini dalam facebook..dah dua minggu lebih kurang, dia pun malas sebenarnya nak campur tangan..tetapi bagi dia adik beradik adalah "bersaudara"..kakak amat terasa dengan luahan rasa di facebook, bagi kakak dia, tidak sepatutnya adik dia dihina sebegitu rupa dan meliputi anak perempuan yang tidak mengerti apa2!!!...aku print baca sendiri..sebab bagi aku mengapa Pekung Didada Didedahkan pada umum? Bagi Adik Ipar mengatakan  aku bersalah sebab aku print dan bagi pada kakak dia..bagi dia HOSPITAL KUALA LUMPUR nie hamprak tidak ada internet....aku nak bagi tahu pada Adik Ipar ku HOSPITAL KUALA LUMPUR nie ada internet..bukan hamprak..bukankah kamu yang mengajar kakak kamu buka facebook? untuk melihat laman facebook anaknya? lupa kah? aku dah join facebook ni dah lama dari 2005 lagi.

             Adik Ipar hantar massage dalam facebook pada aku..dengan nada-nada marah pada aku...bagi dia aku lah penyembab hubungan dia dengan kakaknya bergaduh!!..Untuk Adik Ipar ku.. aku tahu kamu ingin melindungi suami kamu..setiap isteri menyongkong suami..aku faham..AWAS jangan jadikan aku "Kambing Hitam" untuk menutupi apa yang suami kamu telah memulai dulu..sebelum menuduh aku..sepatutnya dipertimbang semasak-masaknya. Tetapi tuduhan melulu dilempar pada aku..yang sebenarnya kamu lupa "ada duri dalam daging" yang membocorkan benda-benda ini..tetapi kamu tidak perasan..kalau tidak macam mana kami boleh tahu pasal hal-hal tertentu. contoh isu tanah nama, Ayah difitnah sebagai orang yang membuat jalan melalui Tanah Ayah Su ke belakang??? isu pinjaman duit Nenek Mertua?? ,...Adik Ipar ku..kamu tersilap orang menuduh aku..dengan ini kamu harus menerima kesan dan akibatnya.Aku telah menasihati kamu, tambah-tambah lagi kamu mengandung...tapi kamu masih tidak puas hati dengan aku.maka kamu telah mengheretkan aku sama dengan Mertua dalam kacah perbalahan ini semata-mata agar Mertua memburuk-burukan tuan empunya kereta dan menyatakan bahawasa nya kamu dan suami yang benar,      
                 Dan memperkatakan bahawasanya kamu orang paling banyak berjasa pada tuan empunya kereta...Pangilan dari Mertua aku terima semalam ...ayat yang Mertua gunakan sama dengan ayat yang kamu hentam aku dalam massage..maka bermula lah lembaran baru dalam perbalahan ini..dari apa yang dipersetujui antara aku dengan Mertua..pada hari raya ini perlu semua hadir..kita akan adakan Mahkamah Khas..Ayah akan dilantik sebagai HAKIM aku sebagai PENDAKWARAYA..kes di rujuk sebagai KAKAK LWN ADIK, SUAMI
saksi-saksi utama..Kakak Sulung.. aku, Adik Ipar,Mertua
                 Aku rasa banyak benda akan terbongkar pada HARI RAYA INI..bagi aku seorang kakak patut dihormati..aku menghormati kakak aku dan abang-abang aku ,sebab mereka lah yang mula-mula mencari rezeki membantu aku masa aku kecil dan menjaga aku sebelum aku dapat berjalan, Setiap hasil yang aku makan dari abang-abang aku , kakak aku..telah menjadi darah daging aku..untuk membalas nya sukar sekali. Mereka-mereka itu telah berumahtangga dan mempunyai pendapatan sendiri.
               Ambil kira contoh tuan empunya kereta mula kerja tahun 2000..setiap bulan bagi duit pada Ayahnya sebagai meringankan pembelanjaan Ayah..Ayah menbelanjakan duit untuk adik-adik makan secara tak langsung menjadi darah daging pada adik-adiknya ..bila adik-adik sudah bekerja dan dapat gaji..bagi pada Ayah..ayah belanja kan plak pada adik-adik yang dibawah pulak..itu lah hakikat nya, pusingan kehidupan..bagi kakak sulong mereka tak merasai nya sebab mereka dah ade pendapatan sendiri.

                  Aku luah kan apa yang ada di dadaku sebagai membalas apa yang mereka inginkan..sekian.

Friday, July 30, 2010

Musang!!!

                Musang salah satu haiwan yang mempunyai deria yang kuat, dan dapat memberitahu tentang sesuatu yang akan berlaku.Kematian kawan orang rumah terjadi minggu lepas pada hari Rabu..kawan yang , bagi org rumah seorng kawan yang baik..blom berkhawin tp usia sudah lewat.meninggal kerana barah hati yang menyerang secara agresif..tanpa ada tanda2 awal.
                 Malam sebelum kematian telah berlaku tanda di tunjuk kn pada orang rumah, dimana malam itu sekitar jam 2 pagi lbh..terdengar tangisan musang di tepi tingkat..itu menandakan akan ade kematian pada seseorg yg kita baik atau keluarga terdekat.Pada keesokan hari sekitar jam 4 ke 5..arwah telah pergi untuk selamanya..di kebumikan di Tanah Perkuburan Taman Samudra , Batu Cave, Selangor.
              Bercerita pasal musang..kematian arwah zumatullah telah berlaku kejadian musang menangis pada sebelah petang hampir magrib depan rumah cikgu iaitu kawan Ayah Ya, keesokan hari nya terjadi kemalangan maut merangut nyawa di Ciku, Gua Musang.Kematian arwah ayah aku sendiri berlaku kejadian musang menagis atas bumbung rumah..keesokan hari nya arwah bapa aku telah pergi meninggalkan aku dlm usia kau 4th.

                 Disini kita boleh mengenali tanda2 akan berlaku kematian samada keluarga atau kawan yang rapat.

1.              Jika musang menangis atas bumbung rumah - tandanya ahli keluarga rumah itu akan        meninggal dunia..biasa ahli keluarga yg tertinggi..ayah ke ibu ke.

2.             Jika musang menangis kawasan sekitar rumah bukan atas bumbung rumah - tandanya ada salah seorang ahli keluarag hampir atau kawan yang rapat akan emninggal dunia.

                Kalau orang sebelah perak dia panggil ' musang menelek'

                Sesungguhnya seperti apa yang tuhan Firman kn dalam al-quran "bahwasanya setiap kejadian ada tanda-tandanya tetapi menusia kebanyakkan lalai"

Thursday, July 29, 2010

Hari Lahir Syammin



Tanggal Hari ini Nur Syammin Afrina menyambut HARI LAHIR NYA..
selamat hari lahir anak sulung ku...semoga kamu mendapat keberkatan dalam kehidupan kamu...amin