Tuesday, September 29, 2009

Raya Aidil Fitri


Raya kat kampung Tanjung Chat , Jalan Sungai keladi. Sembahyang Raya dengan Enan's, Amin, Mertua dan Awatik. Masjid Tanjung Chat.


Balik kampung


Bertolak balik kampung pada petang jumaat 18.09.2009 selepas kerja. Ambil anak di Nursery terus menghala ke Lebuhraya Duke ke Karak Highway. Berhenti makan di Raub kedai makan Nasi and satay.


Tuesday, September 15, 2009

Up Town Rawang

Semalam pergi ambil anak di Nursery Rose, penjaga kata syammin demam. Seperti tak percaya je sebab kelmarin hari cuti ..dia bukan main kuat bermain kat luar rumah. Ummi dia yang cakap, aku kerja semalam jaga kaunter tingkat 2 tak tahu lah sampaikan tak nak masuk rumah asyik nak kayuh basikal je.Lupa semalam pergi Uptown Rawang, beli selipar raya dan rantai tangan mereka berdua. Mungkin kena embum malam kot? air embun dah turun ke kalau baru jam 10 lebih..

Di sebabkan demam semua urusan tergangu untuk pergi ke pasar Ramadhan Tmn Datuk Senu..terpaksa ubah plan..terus balik rumah rawang, gi ke Restoran Ali Maju..order 2 Nasi beriani..belum sempat nak cakap ayam dh di masuk kan ke dalam belas nasi.terpaksa ikut lah lauk ayam je..ingat kan nak beli lauk kambing..lagi best!!!

Friday, September 11, 2009

Kuih Siput



Ingatkan dan habis pesanan , rupa nya ada tambahan sikit di saat-saat akhir..Dr karuna tambah lagi 1 balang...katanya nak yg masin sikit..Sister Noraini minta tambahan satu lagi untuk maknya. tapi org rumah dah cakap make sure lembut sikit siput sebb orang tua biasa lah kurang gigi dah!. Hari Sabtu..besok nak kena buat petang..sebab besok aku duty kaunter tingkat 2. Petang balik boleh lah..ahad pun sama kena buat lagi..
Aku harap anak-anak aku tidak kacau masa aku sedang buat kuih siput. Boleh percaya ke mereka ini, apa yang aku tahu mereka nakal kalau dalam rumah..Coretan selepas balik dari Rawang.ada urusan kat sana.


Wednesday, September 09, 2009

Buka Internet Hari Ini Banyak Pasal Isu Tarian Pendet.


SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. Kedutaan Malaysia meminta warganya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak daripada melalui kawasan sekatan itu. - AFP




Suka Panggil org Malaysia sebagai Malingsia..Padahal kamu yang maling..

Sejarah Panjang Hubungan Indonesia dari zaman dulu-dulu sudah dilupakan.dimana sepanjang pantai barat Malaysia kebanyakan penduduk berasal dari pulau-pulau Indonesia. Keturunan dari Pulau Jawa menguasai Pantai Barat Johor dan Pantai Barat Selangor dan Manakala Pulau Sumatra , Suku Minang ke arah Negeri Sembilan, Suku Kerinchi di Selangor. Raja-raja Sebahagian nya berdarah Bugis dari kepulauan Sulawesi.
Di sini hubungan sudah ada tetapi mengapa hubungan ini sering terjadi rasa tidak puas hati.

Tuesday, September 01, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Hari ini baru start kerja..cuti 3 hari..seronok+penat..
projek Kuih Siput.
Seronok dapat berbuka puasa ramai2 dengan saudara-mara orang rumah di kuang, tasik biru.selangor..
Penat kerana terpaksa kemas rumah sapu semua, lap rumah sebelum bermula projek kuih siput..

Nah...

Besar lah siput nie.....


Kuih Siput terkini..tapi yang ini bukan aku buat...aku buat kecik je..yang biasa-biasa tue...